KOTA BHARU, 30 DIS: Fenomena banjir yang melanda Kelantan sejak semalam terus membawa cabaran besar apabila berlaku dua kejadian tanah runtuh dan dua jalan utama terputus di jajahan Machang.
KUALA BERANG, 29 NOV: Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini 4.30 petang tadi.
PUTRAJAYA, 8 NOV: Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil langkah proaktif dengan melakukan rondaan di kawasan sering berlaku (hotspot) bencana banjir dan tanah runtuh minimum lima kali seminggu sebagai persiapan menghadapi monsun timur laut (MTL).
KUALA LUMPUR, 4 NOV: Lokasi kejadian sebuah Proton Saga yang terjatuh ke dalam runtuhan tebing di Taman Lembah Maju, dekat sini pada 4 pagi tadi adalah kawasan runtuhan lama yang berlaku 12 Oktober lepas.
KUALA LUMPUR, 4 NOV: Insiden tanah runtuh yang berlaku di Lembah Maju, Pandan Indah pada 12 Okt lepas berulang lagi apabila sebuah kereta jenis Proton Saga terjatuh ke dalam tebing di lokasi sama kira-kira 3.30 pagi tadi.
HULU LANGAT, 2 NOV: Kerajaan Negeri telus dan tidak menyorokkan sebarang fakta berhubung insiden tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor pada Disember 2022.
SUBANG JAYA, 1 NOV: Kerja penstabilan cerun di kawasan tanah runtuh di Taman Wawasan, di sini selesai sepenuhnya pada 28 Oktober lalu.
SHAH ALAM, 26 OKT: Laporan penuh kejadian tanah runtuh di Taman Melawati, Ampang Jaya dijangka diperoleh selepas dibentangkan dalam Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) minggu depan.
SHAH ALAM, 24 OKT: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memasang penghadang sementara bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh di Taman Melawati, Ampang pada minggu lalu berulang.
KUALA LUMPUR, 17 OKT: Kesemua mangsa tanah runtuh di Taman Melawati dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing bermula 6 petang ini.
KUALA LUMPUR, 16 OKT: Tiada lagi pergerakan tanah dikesan berlaku di lokasi insiden tanah runtuh di Jalan E6 Taman Melawati di sini.
KUALA LUMPUR, 16 OKT: Kementerian Kerja Raya (KKR) mencadangkan cerun di Taman Melawati yang runtuh dalam kejadian pagi semalam, diperbaiki dengan menggunakan kaedah pemakuan tanah, kata Timbalan Menterinya Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
AMPANG JAYA, 16 OKT: Kerajaan Negeri menyerahkan sumbangan wang tunai kepada tujuh keluarga yang terkesan dengan kejadian tanah runtuh di Jalan E6, Taman Melawati, di sini.
SHAH ALAM, 15 OKT: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bekerjasama dengan beberapa agensi berkaitan melaksana kerja pembersihan di kawasan runtuhan Jalan E6, Taman Melawati, Ampang.
KUALA LUMPUR, 15 OKT: Kegagalan sistem pengaliran longkang di Jalan G2, Taman Melawati yang tersumbat dikenal pasti sebagai punca kejadian tanah runtuh di kawasan berkenaan pagi tadi.
SHAH ALAM, 15 OKT: Penghuni 20 rumah berhampiran Jalan E6, Taman Melawati, Ampang diarah berpindah sebagai langkah berwaspada susulan kejadian tanah runtuh, pagi tadi.
SHAH ALAM, 13 OKT: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengalihkan dua kenderaan yang terbabit dalam kejadian tebing anak sungai runtuh di Taman Lembah Maju, Ampang dekat sini malam tadi.
AMPANG JAYA, 13 OKT: Dua kawasan kediaman di daerah ini dikenal pasti berdepan risiko tanah runtuh, kata Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail.
KUALA LUMPUR, 12 OKT:Hujan lebat yang berterusan di sekitar ibu negara hari ini menyebabkan dua kenderaan rosak selepas hampir terjatuh ke dalam longkang apabila tebing sungai di Taman Lembah Maju, Ampang dekat sini runtuh.
SHAH ALAM, 5 OKT: Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Selangor mengesahkan berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap (FT55) kira-kira jam 4.15 pagi tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.